Generator rosak Kereta api Bukit Bendera

Pada 30 Julai 2009, jam 5.30 petang seramai 300 pengunjung pusat peranginan Bukit Bendera terkandas apabila perkhidmatan kereta api kabel terhenti akibat stesen janakuasanya mengalami masalah teknikal. Ia melibatkan perkhidmatan kereta api stesen bahagian tengah dan atas Bukit Bendera. Dua kereta api yang sedang naik dan turun 'tersangkut' di tengah landasan.

Kesemua penumpang yang terkandas di stesen tengah dan atas dibawa turun menggunakan kenderaan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Bomba dan Penyelamat ke Kebun Bunga. Mereka dibawa turun melalui melalui Jalan Air Terjun , Kemudian bas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang membawa mereka ke Stesen Kereta Api Bukit Bendera untuk membolehkan mereka mengambil kenderaan yang ditinggalkan di sana.[29]

Rujukan

WikiPedia: Kereta api Bukit Bendera http://english.astroawani.com/malaysia-news/bukit-... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.expatgomalaysia.com/2012/12/21/penangs-... http://penang.forestexplorers.com/penanghill/train... http://penangmonthly.com/to-the-summit-anyone/ http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://allmalaysia.info/2009/05/18/mixed-response-... http://allmalaysia.info/2010/02/22/a-new-chapter-b... http://allmalaysia.info/2010/08/20/new-hill-railwa...